Friday, April 16, 2010

Presiden PAS mahu kecanggihan teknologi diguna untuk tangkis serangan terhadap Islam

Rusila, 16 April - Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang mahu umat Islam memanfaatkan kecanggihan teknologi untuk menangkis serangan musuh Islam yang cuba memporak-perandakan persepsi terhadap agama suci itu.

"Mereka yang berusaha mengamalkan Islam sering dilabel dengan pelbagai imej seperti zalim, pelampau, fundamentalis, ekstremis dan pelbagai lagi," kata beliau ketika menyampaikan khutbah Jumaat di sini hari ini.